Monday, February 23, 2009

beza MUSLIM dan MUKMIN

lengkapkah hidup kita..?
jika hanya bergelar sbg seorang islam...
Walhal manusia mempunyai pelbagai martabat...
muslim, mukmin, muttaqin, mukhlisin...

andai diteliti lebih mendalam...
menggali ayat-ayat Al-quran...
tidaklah lengkap hidup manusia...
jika hanya bergelar muslim...

betapa Allah ingin...
untuk berbicara dengan orang mukmin...
bilamana Rasulullah SAW berjaya...
menubuhkan negara islam Madinah...

Ayat-ayat hukum mula diturunkan...
namun, seruan Allah hanyalah...
"wahai orang-orang yang beriman"...
andai dilihat secara lebih dalam...
Allah tidak berfirman dengan...
"wahai orang-orang islam"...
dan tiada satu pun ayat begitu...

sedarkah kita..?
cukuplah dengan permulaan ayat-ayat itu...
bahawa kita belum lengkap...
jika hanya sbg seorang islam...
kerana Allah tahu bahawa...
hanya orang mukmin yang akan mendengar ayat-ayatNya...

betapa ayat Al-Quran...yang diwahyukan untuk hamba berfikir...
besarnya beza antara muslim dan mukmin...
apatah lagi martabat yang lebih tinggi...
kerana Allah ingin hambaNya...l
ebih dekat kepadaNya...

wallahu'alam

1 comment:

  1. Assalamualaikum sedara... nak minta keizinan nak copy posting sedara nak post kat blog saya boleh...

    ReplyDelete