MAHASISWA suatu ketika dulu,merupakan zaman kebanggaan mahasiswa di mana martabat mereka di pandang tinggi. Pemikiran dan kematangan mereka menjadi down payment terbaik untuk mereka menduduki tempat dalam masyarakat. 'Buah fikiran' yang lebih masak mengangkat mahasiswa sebagai golongan yang boleh diharap. Akan tetapi, jika di lihat dari kaca mata lain, kesedaran politik yang ada pada masa itu hanyalah selari dengan arus perkembangan negara. Walaubagaimanapun kesedaran yang ada pada ketika itu diguna sepenuhnya. Mereka berani dan lantang bersuara serta tidak rasa takut untuk menonjolkan diri dikhalayak jika ada perkara yang seharusnya diperbetulkan oleh pihak berwajib. Kesedaran yang melahirkan rasa tanggungjawab inilah yang membezakan kualiti mahasiswa antara tiga zaman. Mereka berusaha untuk membawa mahasiswa-mahasiswa pada ketika itu untuk mengangkat martabat kebenaran berpayung di bawah satu naungan; mahasiswa. Walaupun ugutan demi ugutan, sekatan demi sekatan, kongkongan demi kongkongan mahu pun akta demi akta di sajikan kepada mereka bagi menutup mulut mahasiswa yang lahir dengan kesedaran yang luhur untuk berjuang. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang membawa ideologi berbeza, namun ia sudah menjadi lumrah berpasangan dalam dunia. Status mahasiswa yang tinggi ketika itu turut memberi kesan kepada pemimpin politik. Ada diantara mahasiswa yang berani berhujah dan berbahas dengan pemimpin negara demi kemaslahatan umum. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan golongan pemimpin berasa tidak selesa...
Mahasiswa pada zaman pertengahan dilihat sebagai agak pasif. Hasil dari penguatkuasaan AUKU yang banyak memberi kesan kepada pemikiran mahasiswa. Mahasiswa ketika itu hanya berada di bawah tempurung pemerintahan dan hanya mengikut petunjuk tuding jari pihak tertentu. Tiada lagi yang berani untuk lantang bersuara berisi kata-kata bernas atau mereka akan di hampar karpet merah ke mahkamah universiti. Kongkongan itulah yang menjadikan politik kampus sunyi dari suara mahasiswa. Suara-suara yang membawa nama mahsiswa kian sayu dibawa tiupan angin selari dengan arus ketika itu. Namun diantara mereka ada yang masih lagi terus menyambung rantai perjuangan agar tidak putus dengan begitu sahaja. Terus menjadi pendorong kepada muka-muka baru agar semangat dan perjuangan mahasiswa tidak tersekat, terhenti dan lebur begitu saja...
Namun begitu,kongkongan yang semakin pudar selari dengan perkembangan politik tanah air pada hari ini memberi impak yang amat besar kepada kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa kini. Hampir kesemua mahasiswa cuba dan berusaha untuk mengekori gelombang politik yang melanda negara dengan cuaca yang tidak menentu dan sukar diramal. Satu kebangkitan yang agak positif dalam pemikiran mahasiswa. Bisikan pro dan kontra mula kedengaran di celah-celah bekasan tsunami politik tahah air. Mahasiswa sudah mula menggosok mata kembali bangkit dari lena dodoian pihak tertentu. Namun jika di lihat dari kotak perspektif yang berbeza, kesedaran yang mula bangkit ini agak menambah retak perpecahan kepada mahasiswa. Melalui doktrin dari pelbagai idealogi mahasiswa kini mempunyai semangat organisasi yang sangat dahsyat. Sehinggakan ada yang menyatakan membawa syiar yang sama namun tiada titik pertemuan yang boleh menyatukan mereka untuk duduk semeja. Mahasiswa bangkit dalam keadaan urat dan tulang yang masih kaku untuk mengembalikan kehebatan insan ber gelar MAHASISWA...

panjang sgt laa...
ReplyDelete